Rabu, 16 Januari 2013

Program Sinaran Murni


Seramai 22 orang kanak-kanak berusia dari 6 hingga 12 tahun daripada Rumah Amal Suci Rohani (RASR) dan Rumah Nur Muhammad telah menerima kunjungan daripada beberapa orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan dan Maklumat serta ahli jawatankuasa Gen-LIS (Generation Library Information Society), UiTM Puncak Perdana. Kanak-kanak yang terlibat rata-ratanya adalah anak yatim atau miskin dan asnaf zakat.

Rumah Amal Suci Rohani (RASR) yang terletak di no 109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, Petaling Jaya dan program ini telah berjalan pada 24 November 2012 yang lalu. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah gotong-royong membersihkan dan mengecat rumah tersebut serta sukaneka bersama kanak-kanak yang terlibat. Kehadiran para pelajar daripada UiTM Puncak Perdana ini telah menceriakan kanak-kanak tersebut. 

Program ini adalah merupakan satu program amal yang bermatlamat untuk membantu mengeratkan silaturrahim diantara mahasiswa dan kanak-kanak yang terlibat. Program tersebut telah dirasmikan oleh pemilik dan penjaga kanak-kanak RASR sendiri iaitu Puan Zetty Maslinda dan Encik Md. Zably. 

Aktiviti-aktiviti lain:
i-menonton wayang
ii-teka-teki
iii-buat bunyi binatang
iv-radio buruk dan sebagainya



Ucapan daripada pengarah projek 

Ucapan daripada Puan Zety Maslinda

Upacara perasmian dan penutup program "Sinaran Murni"



SESI BERGAMBAR BERSAMA ANAK-ANAK RASR DAN RUMAH NUR MUHAMMAD





SESI BERAMAH MESRA 








SENAMAN RINGAN
SENAM SI TOMMY DAN CHICKEN DANCE




SESI SUKANEKA DI PADANG PERMAINAN














SESI MENONTON WAYANG




AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH RASR



           Kondisi rumah sebelum dikemas dan dibersihkan

Antara pihak urusetia yang membersihkan kawasan rumah



Menyusun buku dengan menyediakan tag untuk memudahkan anak-anak RASR untuk mengenalpasti jenis buku untuk dibaca dan disusun semula



Anak-anak RASR berjemaah setiap kali menunaikan solat fardhu



MAKAN TENGAHARI BERSAMA-SAMA

Makan bersama

Anak-anak RASR makan bersama-sama didalam satu dulang


Ahli biro makanan yang telah bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk anak-anak RASR dan urusetia

SESI TEKA-TEKI



Anak-anak RASR bukan sahaja bijak menyelesaikan teka-teki yang diberikan, malah mereka turut menyediakan teka-teki kepada pihak urusetia



Gembira dengan hadiah yang diberikan kepada mereka







SEDIKIT SEDUTAN DARIPADA AKTIVITI-AKTIVTI YANG DIJALANKAN :)




Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjayakan program berunsurkan kemasyarakatan ini. Juga tidak dilupakan. ucapan terima kasih kepada pihak E-BACA daripada Karangkraft yang telah menyumbang hadiah kepada anak-anak Rumah Amal Suci Rohani dan Rumah Nur Muhammad. Diharap para pelajar dapat melibatkan diri dengan aktivti-aktiviti kemasyarakatan disamping membantu mereka yang tidak berdaya.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melayari http://www.rumahamalsucirohani.webs.com/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan