Rabu, 16 Januari 2013

BLiBS knowledge exploration 2012, Merbok Kedah

Program BLiBS Knowledge Exploration 2012 adalah merupakan satu program lawatan pihak BLiBS iaitu persatuan bagi kursus Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan dan Maklumat cawangan kampus UiTM Merbok, Kedah  ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta jalinan ukhwah Gen-Lis – BLIBS (UiTM).  Program akademik ini telah berlangsung pada18 hingga 20 Oktober yang lalu dan diketuai oleh Pengarah projek iaitu saudari Amirah Ayoib. 


Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan sebuah perhubungan bagi kerja usahasama antara fakulti Pengurusan Maklumat. Selain itu, program ini memberi ruang dan peluang untuk saling berdiskusi dan berdebat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan persatuan. Tuntasnya, melalui perbincangan dan perdebatan, program ini akan membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif serta menyuntik idea tentang kepentingan berpersatuan. Terdapat beberapa aktiviti-yang dilakukan bersama pihak Gen-LIS, antaranya adalah sesi perkongsian idea, sesi beramah mesra dan sesi riadah. 
P





Pihak Gen-LIS dan BLiBS melakukan aktivti riadah bersama

Ketika waktu makan malam

Program seperti ini diharap agar dapat diteruskan bagi menjalinkan ukhuwah diantara mahasiswa dalam segenap aspek. Pihak Gen-LIS amat mengalu-alukan kedatangan pihak BLiBS dan juga pelajar-pelajar dari kampus cawangan yang lain yang sudi untuk berkolaborasi dan berkongsi idea dalam meningkatkat kualiti mahasiswa UiTM khususnya bagi Fakulti Pengurusan Maklumat,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan