Peserta diuji dengan semangat kerjasama dan "Critical thinking"
Antara para pensyarah yang turut serta adalah En Jafalizan dan Puan Norizan
Para peserta bukan sahaja diuji dengan nilai kerjasama dan kepimpinan, tetapi juga dari aspek ketahanan mental dan fizikal. Lebih mencabar adalah apabila mereka dikehendaki merentas hutan dan sungai selama hampir 4 jam sbelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Mereka diuji dengan keadaan tanah yang lembap, pokok-pokok besar yang menghalang perjalanan mereka dan mereka juga diuji apabila terpaksa berhadapan dengan lintah dan pacat sepanjang perjalanan mereka. Tidak ada yang terkecuali merasa pengalaman tersebut. Ketika merentas hutan, nilai kerjasama dapat dilihat dimana bukan sahaja ahli kumpulan masing-masing yang membantu ahli mereka tetapi ahli dari kumpulan lain turut menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli yang lain.
Program ini merupakan satu program yang sangat baik kerana ia memberi peluang kepada para peserta untuk mengalami dan menimba ilmu tentang pengurusan organisasi atau sesebuah persatuan dengan baik. Progarm seperti diharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan