Rabu, 31 Oktober 2012

Malam Tautan Ukhuwah


Malam Tautan Ukhuwah merupakan satu program wajib yang dijalankan oleh pihak Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana. Malam Tautan Ukhuwah atau MTU ini adalah satu majlis yang mengumpulkan pelajar-pelajat Fakulti ini serta memperkenalkan kesemua persatuan yang ditubuhkan dibawah fakulti ini. Antara persatuan-persatuan tersebut adalah:

a) SMF (sekretariat Mahasiswa Fakulti IM)
b)IMSA (Information Management Students Association)
c) Gen-LIS (Generation Library Information Society)
d) AIMS (mewakili pelajar System Management)
e) RECMA (mewakili pelajar Resource Management)
f) IREC (mewakili pelajar Record Management)









Antara para pelajar IM yang turut hadir ke MTU



Pihak urusetia daripada SMF

Ucapan presiden Gen-LIS



Ramai pelajar yang hadir menyokong persatuan daripada kursus masing-masing


persatuan AIMS

persatuan IMSA


exco-exco Gen-LIS




Antara para pelajar yang membuat tempahan produk I LOVE LIBRARY dan yang ingin menjadi ad-hoc Gen-LIS














MTU telah memberi ruang kepada semua persatuan dibawah Fakulti Pengurusan Maklumat Puncak Perdana  untuk memperkenalkan serta memberi info kepada semua pelajar IM. Kesemua persatuan ini bertindak sebagai agent atau medan bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar.

Sesi fitting baju korporat

Sesi fitting baju korporat Gen-LIS telah dilakukan bagi memudahkan para pelajar untuk mengenal pasti saiz baju dan membuat tempahan melalui exco-exco Gen-LIS. 


















Baju korporat ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Maklumat UiTM Puncak Perdana agar mereka dapat memakai baju tersebut untuk aktiviti-aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Kem Kepimpinan Organisasi

Kem Kepimpinan Organisasi atau KPO merupakan program anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat yang telah berlangsung pada bulan Mei 2012 yang lalu. Program ini adalah satu program yang menggabungkan kesemua ahli atau exco persatuan-persatuan dibawah Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, melatih para peserta dalam menguruskan sesebuah organisasi atau sesebuah persatuan dengan baik. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan disini. Para peserta bukan sahaja diuji kemampuan dari aspek fizkat da mental, malah merka juga diuji dari aspek kreativiti dan semangat berpasukan.






Peserta diuji dengan semangat kerjasama dan "Critical thinking"





Antara aktiviti yang dilakukan bagi menguji daya kreativiti dan kebijaksanaan para peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



Antara para pensyarah yang turut serta adalah En Jafalizan dan Puan Norizan








Para peserta bukan sahaja diuji dengan nilai kerjasama dan kepimpinan, tetapi juga dari aspek ketahanan mental dan fizikal. Lebih mencabar adalah apabila mereka dikehendaki merentas hutan dan sungai selama hampir 4 jam sbelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Mereka diuji dengan keadaan tanah yang lembap,  pokok-pokok besar yang menghalang perjalanan mereka dan mereka juga diuji apabila terpaksa berhadapan dengan lintah dan pacat sepanjang perjalanan mereka. Tidak ada yang terkecuali merasa pengalaman tersebut. Ketika merentas hutan, nilai kerjasama dapat dilihat dimana bukan sahaja ahli kumpulan masing-masing yang membantu ahli mereka tetapi ahli dari kumpulan lain turut menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli yang lain.
Program ini merupakan satu program yang sangat baik kerana ia memberi peluang kepada para peserta untuk mengalami dan menimba ilmu tentang pengurusan organisasi atau sesebuah persatuan dengan baik. Progarm seperti diharap dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan tinggi.