Rabu, 23 Januari 2013

Ya Rasulullah- Maulidur Rasul

Maulidur Rasul adalah merupakan hari kelahiran atau keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Menurut hadis riwayat Muslim, tarikh hari lahir Baginda SAW jatuh pada hari Isnin. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Saban tahun, tarikh ini disambut oleh seluruh umat Islam seantero dunia bagi mengingati keputeraan Rasulullah SAW dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan, ceramah, dan sebagainya. Anak Abdullah dan Aminah ini adalah kekasih Allah SWT yang tiada dapat ditandingi dan tiada ganti.  Perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam serta memperjuangkan dan memelihara Islam adalah satu perjuangan yang sangat bermakna dan harus diperjuangkan oleh kita, generasi sekarang. Mungkin kita tidak pernah melihat Rasulullah, tetapi dengan adanya Al-Quran dan As-Sunnah yang dditinggalkan kepada kita, cukup untuk memberitahu kita siapa itu Rasulullah. 


Rasulullah mempunyai terlalu banyak sifat terpuji  yang patut dijadikan  ikutan kita dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah: 


- Pemaaf dan tidak suka menilai sikap buruk orang lain. (sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil. Baginda amat suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (Amar makruf nahi mungkar) .
-Sabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan . 
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka 
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksum dan dan mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang
-Baginda juga sentiasa menjaga aib orang. Sifat inilah yang semakin kurang dikalangan manusia zaman sekarang.
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)


VIDEO LAGU OLEH RAIHAN.
Lagu ini sangat memberi makna kepada kita sebagai umat Islam. Selami dan fahami lirik lagu ini.


Inter-Library Championship

Program Inter-Library Championship anjuran Gen-LIS adalah satu program kesukanan yang melibatkan permainan bola jaring dan Futsal (Liga). Program ini telah berlangsung pada 15 Disember 2012 di gelanggang futsal fakulti. Program ini disertai oleh para pelajar bukan sahaja daripada fakulti pengurusan maklumat tetapi juga para pelajar daripada fakulti lain. Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan silaturrahim diantara pelajar melalui sukan. 


TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA BOLA JARING









TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA FUTSAL






Program seumpama ini diharap akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Diharap dengan program ini,  lebih ramai mahasiswa yang bukan sahaja cerdik dan berpengetahuan tetapi juga cergas. 



Rabu, 16 Januari 2013

Program Sinaran Murni


Seramai 22 orang kanak-kanak berusia dari 6 hingga 12 tahun daripada Rumah Amal Suci Rohani (RASR) dan Rumah Nur Muhammad telah menerima kunjungan daripada beberapa orang pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perpustakaan dan Maklumat serta ahli jawatankuasa Gen-LIS (Generation Library Information Society), UiTM Puncak Perdana. Kanak-kanak yang terlibat rata-ratanya adalah anak yatim atau miskin dan asnaf zakat.

Rumah Amal Suci Rohani (RASR) yang terletak di no 109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, Petaling Jaya dan program ini telah berjalan pada 24 November 2012 yang lalu. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah gotong-royong membersihkan dan mengecat rumah tersebut serta sukaneka bersama kanak-kanak yang terlibat. Kehadiran para pelajar daripada UiTM Puncak Perdana ini telah menceriakan kanak-kanak tersebut. 

Program ini adalah merupakan satu program amal yang bermatlamat untuk membantu mengeratkan silaturrahim diantara mahasiswa dan kanak-kanak yang terlibat. Program tersebut telah dirasmikan oleh pemilik dan penjaga kanak-kanak RASR sendiri iaitu Puan Zetty Maslinda dan Encik Md. Zably. 

Aktiviti-aktiviti lain:
i-menonton wayang
ii-teka-teki
iii-buat bunyi binatang
iv-radio buruk dan sebagainya



Ucapan daripada pengarah projek 

Ucapan daripada Puan Zety Maslinda

Upacara perasmian dan penutup program "Sinaran Murni"



SESI BERGAMBAR BERSAMA ANAK-ANAK RASR DAN RUMAH NUR MUHAMMAD





SESI BERAMAH MESRA 








SENAMAN RINGAN
SENAM SI TOMMY DAN CHICKEN DANCE




SESI SUKANEKA DI PADANG PERMAINAN














SESI MENONTON WAYANG




AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH RASR



           Kondisi rumah sebelum dikemas dan dibersihkan

Antara pihak urusetia yang membersihkan kawasan rumah



Menyusun buku dengan menyediakan tag untuk memudahkan anak-anak RASR untuk mengenalpasti jenis buku untuk dibaca dan disusun semula



Anak-anak RASR berjemaah setiap kali menunaikan solat fardhu



MAKAN TENGAHARI BERSAMA-SAMA

Makan bersama

Anak-anak RASR makan bersama-sama didalam satu dulang


Ahli biro makanan yang telah bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk anak-anak RASR dan urusetia

SESI TEKA-TEKI



Anak-anak RASR bukan sahaja bijak menyelesaikan teka-teki yang diberikan, malah mereka turut menyediakan teka-teki kepada pihak urusetia



Gembira dengan hadiah yang diberikan kepada mereka







SEDIKIT SEDUTAN DARIPADA AKTIVITI-AKTIVTI YANG DIJALANKAN :)




Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjayakan program berunsurkan kemasyarakatan ini. Juga tidak dilupakan. ucapan terima kasih kepada pihak E-BACA daripada Karangkraft yang telah menyumbang hadiah kepada anak-anak Rumah Amal Suci Rohani dan Rumah Nur Muhammad. Diharap para pelajar dapat melibatkan diri dengan aktivti-aktiviti kemasyarakatan disamping membantu mereka yang tidak berdaya.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melayari http://www.rumahamalsucirohani.webs.com/